Kronologi dan sejarah Tamadun_Minoan

Disebalik mengaitkan tarikh takwim mutlak bagi tempoh Minos, ahli arkeologi menggunakan dua sistem kronologi perbandingan. Yang pertama, dicipta oleh Evan dan diubah suai oleh ahli arkeologi berikutnya, berasaskan gaya tembikar. Ia membahagi tempoh Minos kepada tiga era utama—Minos Awal ("Early Minos-EM"), Minos Pertengahan ("Middle Minos-MM"), dan Minos Akhir ("Late Minos-LM"). Era ini dibahagikan dengan lebih lanjut, contoh. Minos Awal I, II, III (EMI, EMII, EMIII). Satu lagi sistem tarikh, dicadangkan oleh ahli arkeologi Yunani Nicolas Platon, diasaskan menurut perkembangan kompleks senibina dikenali sebagai "istana" di Knossos, Phaistos, Malia, dan Kato Zakros, dan membahagi tempoh Minos kepada tempoh Prepalatial, Protopalatial, Neopalatial, dan Post-palatial. Kaitan antara sistem ini diberikan dalam jadual dikepilkan, dengan anggaran tarikh takwim diambil dari Warren dan Hankey (1989).

Letusan Thera berlaku semasa fasa matang tempoh LM IA. Tarikh takwim bagi ledakan gunung berapi merupakan pertikaian hangat. Pentarikhan radiokarbon menunjukkan tarikh pada lewat abad ke-17 BC;[10][11] tarikh radiokarbon tersebut, bagaimanapun, bercanggah dengan anggaran ahli arkeologi yang menyelaras ledakan tersebut dengan kornologi Mesir konvesional dan mendapat tarikh sekitar 1525-1500 BC.[12][13][14] Lihat rencana mengenai tarikh ledakan Thera bagi perbincangan lanjut. Letupan ini sering kali dikenalk pasti sebagai kejadian malapetaka semulajadi yang mendorong kepada kajatuhan mengejutnya.

Sejarah

  Kornologi Minos
3650-3000 BCEMIPrepalatial
2900-2300 BCEMII
2300-2160 BCEMIII
2160-1900 BCMMIA
1900-1800 BCMMIBProtopalatial
(Tempoh Istana Kuno)
1800-1700 BCMMII
1700-1640 BCMMIIIANeopalatial
(Tempoh Istana Baru)
1640-1600 BCMMIIIB
1600-1480 BCLMIA
1480-1425 BCLMIB
1425-1390 BCLMIIPostpalatial
(Di Knossos, Tempoh Istana Akhir)
1390-1370 BCLMIIIA1
1370-1340 BCLMIIIA2
1340-1190 BCLMIIIB
1190-1170 BCLMIIIC
1100 BCSubminoan

Bukti tertua penghuni di Kriti merupakan peninggalan masyarakat petani Neolithik sebelum seramik yang bertarikh sekitar 7000 BC.[15] Kajian perbandingan mengenai haplogroups DNA bagi orang Cretan moden menunjukkan bahawa pengasas kelompok lelaki dari Anatolia atau Levant, dikongsikan dengan orang Greeks.[16] The neolithic population dwelt in open villages. On the shores, there were fishermen's huts, while the fertile Mesara Plain was used for agriculture.[7]

Zaman Gangsa bermula di Kriti sekitar 2700 BC.[17] Pada akhir Milinium ke-3 BC, beberapa tempatan di pulau berkembang menjadi pusat perdagangan dan kerjatangan. Ini membolehkan kelas atasan untuk meneruskan amalan aktiviti kepimpinan dan mengembangkan pengaruh mereka. Ia kemungkinannya asal hierarchies bagi elit tempatan digantikan dengan struktur kuasa raja-raja - syarat awal bagi penciptaan istana agung.[18] Dari Awal Zaman Gangsa (3500 BC hingga 2600 BC), budaya Minos di Kriti membayangkan keagungannya.[19]

Pada akhir tempoh MMII (1700 BC) terdapat gangguan besar di Kriti, kemungkinannya gempa bumi, atau kemungkinannya penjajahan dari Anatolia.[20] Istana di Knossos, Phaistos, Malia, dan Kato Zakros musnah. Tetapi dengan permulaan tempoh Neopalatial, bilangan penduduk kembali meningkat,[21] istana dibina semula pada skala lebih besar dan penempatan baru dibina di seluruh pulau. Tempoh ini (abad ke-17 dan ke-16 BC, MM III / Neopalatial) mewakili puncak kebudayaan Minos. Terdapat malapetaka semulajadi sekali lagi sekitar 1600 BC, kemungkinannya akibat ledakan gunung berapi Thera. Malah malapetaka ini tidak mematah semangat Minoans: istana dibina kembali dan dibuat dengan lebih hebat dari sebelumnya.[18]

Pengaruh kebudayaan Minos di luar Kriti menonjolkan dirinya dalam kehadiran barangan buatan tangan Minos yang berharga di tanah besar Yunani. Ia kemungkinannya istana pemerintah kebudayaan Mycenae berkait dengan jaringan perdagangan Minos. Selepas sekitar 1700 BC, bahan budaya di tanah besar Yunani mencapai tahap baru hasil pengaruh Minos.[18] Hubungan antara Mesir Purba dan Kriti adalah jelas. Barangan seramik Minos dijumpai di bandar-vbandar Mesir dan Minoans mengimport beberapa barangan dari Mesir, terutamanya papyrus, termasuk juga idea senibina dan kesenian. Hierograf Mesir menjadi model bagi tulisan bergambar Minos, dari mana sistem penulisan Linear A dan Linear B kemudiannya berkembang.[7]

Sekitar 1450 BC, kebudayaan Minos mengalami titik perubahan akibat malapetaka semulajadi, kemungkinannya gempa bumi. Satu lagi letupan gunung berapi Thera telah dikaitkan dengan kemerosotan ini, tetapi pentarikhan dan kesalnya kekal dipertikaikan. Beberapa istana penting di lokasi seperti Mallia, Tylissos, Phaistos, Hagia Triade termasuk juga ruang duduk di Knossos turut musnah. Istana di Knossos kelihatannya kekal utuh. Ini menyebabkan Dinasti di Knossos mampu mengembangkan pengaruhnya ke sebahagian besar Kriti, sehingga ia diatasi oleh Mycenaean Yunani.[18]

Tapak istana Minos diduduki oleh Myceneans sekitar 1420 BC[22] (1375 BC menurut sumber lain),[18] yang menyesuaikan skrip Linear A Minos bagi keperluan bahasa Mycenaean mereka sendiri, satu bentuk Yunani Purba, yang ditulis dalam Linear B. Arkib pertama sebegitu di mana-mana adalah pada era LMII "Bilik Meja Pedati". Myceneans biasanya cenderung menyesuai, bukannya memusnahkan, budaya, ugama, dan kesenian Minos,[23] dan mereka kekal mengendali sistem ekonomi dan birokrasi Minoans.[18]

Semasa LMIIIA:1, Amenhotep III di Kom el-Hatan mencatatkan k-f-t-w (Kaftor) sebagai satu dari "Tanah Rahsia di Utara Asia". Turut disebut adalah bandar Cretan seperti Ἀμνισός (Amnisos), Φαιστός (Phaistos), Κυδωνία (Kydonia) dan Kνωσσός (Knossos) dan sebahagian toponym dibina semula sebagai kepunyaan Cyclades atau tanah besar Yunani. Jika nilai nama Mesir ini adalah tepat, dengan itu Firaun ini tidak memberikan keistimewaan LMIII Knossos melebihi negara lain di kawasan ini.

Selepas seabad dari pemulihan separa, kebanyakan bandar dan istana di Cretan mengalami kemerosotan pada abad ke-13 BC (LHIIIB/LMIIIB). Arkib terakhir Linear A bertarikh sehingga LMIIIA (semasa dengan LHIIIA).

Knossos kekal sebagai pusat pentadbiran sehingga 1200 BC; tapak terakhir Minos[24] merupakan tapak pertahanan di gunung di Karfi, tapak pelarian yang memaparkan sisa kebudayaan Minos sehingga hampir ke Zaman Besi.